PIALA DUNIA
Followers
Monday, July 16, 2018
[Piala Dunia] 10 Pemain Skuad Perancis Dengan Gaji TerMasyuk

Sumber Gambar: Evening Standard
10. Raphael Varane (Real Madrid) – RM 465 373 / minggu

Sumber Gambar: GABRIEL BOUYS
Gila b*b*! baru dalam urutan angka ke 10 dah dapat 6 angka seminggu! Kalau sebulan = RM 1 861 492 !!!Pemain yang berusia 25 tahun ini bermain di posisi centre-back dan diserap masuk pertama kali dalam skuad kebangsaan Perancis bawah 18 tahun pada tahun 2010. Oleh kerana bakat serta prestasinya yang memberangsangkan, beliau telah dipilih untuk mewakili skuad kebangsaan Perancis dalam edisi Piala Dunia kali ini.
9. Hugo Lloris (Tottenham Hotspurs) – RM 465 373 / minggu

Sumber Gambar: The Indian Express
8. Blaise Matuidi (Juventus) – RM 558 448 / minggu

Sumber Gambar: CulturePSG
Pemain tengah yang boleh dikatakan agak agresif juga mempunyai kantung poket setebal RM 2 233 792 SEBULAN ! Dapat 0.01% pun jadi lah kan! Gaji pemain ini up sikit sebab kemungkinan kerja yang dibuatnya agak penat iaitu bermain ke atas dan juga ke bawah. Huhu. Matuidi yang berusia 31 tahun kini bermain di kelab Liga Itali, Juventus FC. Beliau diserap masuk ke dalam skuad utama pada tahun 2010. Dah jadi senior dah dia ni! Tak sabar nak tengok dia main kat Piala Dunia nanti.
7. N’Golo Kante (Chelsea) – RM 558 448 / minggu

Sumber Gambar: Daily Star
Pemain tengah pasukan Chelsea ini mempunyai kantung yang sama seperti kawan nya di atas. Beliau mula memasuki kelab skuad kebangsaan Perancis pada tahun 2016 lalu, masih baru dan junior lagi. Beliau mula mendapat nama di skuad kebangsaan oleh sebab prestasinya yang tengah “on-form” bersama bekas pasukannya Leicester City pada ketika itu dan mula meningkat naik ketika beliau berada di dalam kelab Chelsea.
6. Olivier Giroud (Chelsea) – RM 558 448 / minggu

Siapa yang tak kenal Giroud ni! Penyerang berkebolehan ini memang logik la kalau mempunyai saiz kantung yang besar sama seperti rakan sepasukannya di Chelsea, iaitu N’Golo Kante. Baru sahaja musim ini bersama pasukan Chelsea sudah nampak taring beliau! Beliau mewakili pasukan Perancis sejak tahun 2011 lagi namun ketika itu masih kurang sengat tak seperti yang sekarang ini.
5. Thomas Lemar (Monaco) – RM 604 985 / minggu

Sumber Gambar:The Liverpool Offside
Kantung Thomas Lemar up 100k+ sikit dari gaji pemain di atas. Beliau boleh dikatakan masyukk kerana baru sahaja berumur 23 tahun sudah mempunyai kantung yang besar sebegini. Untunglah. Tapi usaha kerasnya ketika di skuad kebangsaan bawah 17 tahun pada 2011 lagi telah membawanya ke peringkat dunia! Syabas kepada pemain tengah Monaco ini yang melaju naik untuk menjadi seperti sekarang.
4. Antoine Griezmann (Altetico Madrid) – RM 930 747 / minggu

Sumber Gambar:Soccer Wallpaper
3. Ousmane Dembele (FC Barcelona) – RM 1 023 822 / minggu

Sumber Gambar: World News
Inilah ubi pasukan Perancis! Beliau masih muda namun sudah pun bermain bersama pasukan yang bergelar juara terbanyak Liga Sepanyol, FC Barcelona! Duit poketnya mencecah 7 angka wahai sahabat ! Kalau setahun, dah cecah 8 angka ! Bermain di posisi penyerang bersama pasukan Perancis memang menjadi makanan pemain ini sejak menyertai skuad utama kebangsaan pada tahun 2016 yang lalu.
2. Kylian Mbappe (Paris Saint-Germain) – RM 1 219 278 / minggu

Sumber Gambar: USA Today
Tak lain tak bukan, Mbappe adalah antara pemain penyerang yang mempunyai kantung yang berat dalam skuad Perancis. Beliau juga antara ubi muda pasukan Perancis dan boleh digandingkan dengan pasangannya, Ousmane Dembele. Beliau memulakan kariernya dalam pasukan utama Perancis sejak tahun 2017 yang lepas, hurmm , baru lagi tapi dah masyukk!
1. Paul Pogba (Manchester United) – RM 1 349 583 / minggu

Sumber Gambar: Scroll.in
Ya, pemain tengah awang hitam yang penuh dengan bermacam-macam gaya rambut ini telah tersenarai memiliki tabung yang paling banyak dalam kalangan pemain-pemain Perancis yang lain. Beliau memulakan karier dalam pasukan Perancis sejak tahun 2008 lagi di mana ketika itu masih dalam skuad junior Perancis bawah 16 tahun dan namanya mula meningkat naik ketika bersama kelab Liga Perdana Inggeris, Manchester United.
Haa, itulah antara senarai gaji-gaji pemain pasukan Perancis! Memang berbaloi dan masuk di akal kerana pemain ini bukan sahaja membantu pasukan malah mengharumkan nama negara di persada dunia dan sanggup bermain di kelab negara lain untuk mendapat pengalaman. Persoalannya di sini, adakah pemain skuad kebangsaan kita mampu tandingi seperti pemain-pemain Perancis ini? Tepuk dada tanya selera. Semua atas usaha masing-masing.
Sumber Rujukan: Soccerladuma
Baca Juga: [Piala Dunia] Di Sebalik Nama Les Bleus (The Blues)
Senarai 32 pasukan ke Piala Dunia 2018

KUALA LUMPUR 16 Nov. - Peru menjadi pasukan pelengkap senarai 32 pasukan yang akan bertanding di Piala Dunia Rusia tahun depan.
Sebanyak 14 pasukan dari benua
Eropah, manakala Afrika, Asia dan Amerika Selatan masing-masing lima;
diikuti Amerika Utara, Tengah Dan Caribbean, tiga.
Sesi undian akan berlangsung pada 1 Disember
ini di State Kremlin Palace in Moscow, dengan kesemua 32 pasukan akan
dibahagikan kepada lapan kumpulan.
Berikut merupakan senarai 32 pasukan yang bertanding ke Piala Dunia 2018 pada 14 Jun hingga 15 Julai nanti:
- AFRIKA
Mesir
Morocco
Nigeria
Senegal
Tunisia
- ASIA
Australia
Iran
Jepun
Korea Selatan
Arab Saudi
- EROPAH
Belgium
Croatia
Denmark
England
Perancis
Jerman
Iceland
Poland
Portugal
Rusia
Serbia
Sepanyol
Sweden
Switzerland
- AMERIKA UTARA, TENGAH DAN CARIBBEAN
Costa Rica
Mexico
Panama
- AMERIKA SELATAN
Argentina
Brazil
Colombia
Peru
Uruguay
Ungkapan Pogba bakar semangat Perancis
Isnin, 16 Julai 2018 | 12:26pm

PAUL
Pogba mengakui impiannya sejak kecil akhirnya menjadi kenyataan selepas
menjaringkan gol untuk membantu Perancis menjulang trofi Piala Dunia
buat kali kedua dalam sejarah. - Foto EPA
MOSCOW:
Paul Pogba mengakui impiannya sejak kecil akhirnya menjadi kenyataan
selepas menjaringkan gol untuk membantu Perancis menjulang trofi Piala
Dunia buat kali kedua dalam sejarah.
Pemain tengah berusia 25 tahun itu adalah pemain Manchester United pertama menjaringkan gol pada final Piala Dunia dengan melakukan rembatan lencong menggunakan kaki kiri untuk Les Bleus mendahului Croatia 3-1 sebelum merekod kemenangan 4-2.
Pogba yang diminta mengulas mengenai kemenangan itu berkata: "Ia ada impian saya sejak kecil. Saya harap kami dapat membuatkan ramai orang bangga.
"Saya memberitahu pemain sebelum perlawanan, 'Kita sekarang hanya dipisahkan 90 minit daripada impian, kita ada 90 minit untuk mencatat sejarah dalam kehidupan dan kita ada 90 minit untuk membuatkan seluruh rakyat Perancis berbangga malah anak-anak mereka juga akan tahu mengenai perkara ini.
"Ayuh semua, kita boleh lalukan. Ada dua pasukan dan satu piala dan kita tak akan biarkan pasukan lain mengambil piala ini."
"Itu yang saya katakan kepada mereka."
Sementara itu penyerang Atletico Madrid, Antoine Griezmann menyatakan bahawa kekecewaan tewas di final Euro 2016 kepada Portugal di laman sendiri memberikan inspirasi kepada mereka kali ini.
Griezmann berkata: "Kami berusaha keras. Beberapa perubahan dibuat selepas kekalahan itu, beberapa pemain baru dibawa masuk dan itu baik untuk kami.
"Ia sangat positif, jurulatih tahu bagaimana untuk menganalisa perlawanan. Saya sangat bangga dengan pasukan ini. - Agensi

Mbappe ada kualiti Pele

Kylian Mbappe. - Foto AFP
MOSCOW:
Ketika Kylian Mbappe meledak gol keempatnya di Piala Dunia 2018, timbul
pendapat betapa dia mungkin mampu mengemudi Perancis mengikuti kejayaan
skuad Brazil yang diketuai penyerang legenda, Pele.
Di usia 19 tahun, Mbappe menjadi pemain remaja kedua selepas Pele berjaya menjaringkan gol di final Piala Dunia yang menyaksikan Perancis mengatasi Croatia 4-2 untuk menjulang trofi keagungan bola sepak itu buat kali kedua selepas 20 tahun lalu.
Pele melakukannya ketika berusia 17 tahun pada 1958, yang menjadi titik tolak kepada dominasi dan kemenangan Brazil di tiga edisi Piala Dunia dalam tempoh 12 tahun termasuk ketika membenam Itali pada 1970.
Biarpun jurang antara Mbappe dan Pele semakin rapat, namun perjalanan bintang muda Perancis itu masih terlalu jika dibandingkan dengan kehebatan tonggak Brazil berkenaan.
Bagaimanapun, Mbappe mungkin boleh menjadi salah seorang tonggak pasukan Perancis yang mendominasi bola sepak dunia seperti dilakukan oleh Pele dan rakan sepasukannya yang pada tahun 1950-an hingga 1970-an.
Bersama Antoine Griezmann, yang dipilih sebagai pemain terbaik di final Piala Dunia di Moscow dan Paul Pogba selaku tonggak utama di bahagian tengah, pertahanan kental Samuel Umtiti dan Raphael Varane, Perancis dilihat sudah mempunyai asas yang kukuh ke arah itu.
Skuad Piala Dunia Perancis rata-ratanya berusia melebihi 26 tahun dan dibarisi ramai bintang bertaraf dunia tetapi cara mereka mengharungi kejohanan dengan kebijaksanaan memberi lebih keyakinan betapa banyak kejayaan mampu dicapai di masa depan.
Peluang mereka untuk meneruskan kejayaan turut ditingkatkan oleh kelibat jurulatihnya, Didier Deschamps yang amat popular di kalangan pemain akan kekal mengetuai pasukan itu untuk sekurang-kurangnya dua tahun.
Kontrak Deschamps dijadual berakhir pada Euro 2020 tetapi dengan begitu banyak potensi di dalam pasukannya, bekas pemenang Piala Dunia pada 1998 itu pasti teruja untuk melanjutkan khidmatnya. - Reuters

Perancis rai wira Piala Dunia
Selasa, 17 Julai 2018 | 1:09am

PEMAIN Perancis sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Roissy Charles de Gaull. - Foto EPA
PARIS:
Skuad juara dunia Perancis menerima sambutan wira sejurus tiba ke tanah
air ketika ribuan peminat memenuhi Champs Elysees bagi mengikuti
perarakan meraikan kejayaan mereka di Moscow.
Perancis muncul juara buat kali kedua selepas menewaskan Croatia 4-2 pada aksi final, semalam dengan pemain remaja, Kylian Mbappe meletakkan dirinya sebagai salah seorang bintang bola sepak terkemuka di dunia biarpun baru berusia 19 tahun.
Berjuta-juta peminat membanjiri jalan raya bagi meraikan kejayaan Perancis muncul juara dengan membunyikan hon kenderaan masing-masing, mengibar bendera Perancis, manakala Menara Eiffel dan Arc de Triomphe pula disinari cahaya biru, putih dan merah yang juga warna kebangsaan.
Peminat membanjiri Champs Elysees sejak awal pagi, lokasi yang digunakan sebagai lokasi pasukan kebangsaan Perancis yang diarak dengan menggunakan bas tidak berbumbung.
"Kami benar-benar berbangga dengan pasukan ini, mereka menjadi pemain kami yang sebenar," kata seorang peminat, Priscilla Lagneaux, 28 yang setia menunggu. "Kami perlu melihat mereka, dan juga piala itu."
Pemain-pemain menerima sambutan penuh meriah di Lapangan Terbang Charles De Gaulle termasuk diberikan penghormatan 'water salute' oleh pihak bomba.
Ramai pengkritik meletakkan fokus kepada usaha menunjukkan semangat patriotisme dan perpaduan nasional yang ditunjukkan oleh pasukan bola sepak Perancis yang dianggotai pelbagai kaum termasuk Mbappe and Paul Pogba yang berasal dari Afrika dari lokasi sering diabaikan dan terbiar di Paris.
Pengarang akhbar Liberation, Laurent Joffrin, berkata mereka dapat menyesuaikan diri dengan keadaan "di sebuah negara republik yang kita kasihi: bersatu dan pelbagai, patriotik dan terbuka, negara tanpa nasionalisme."
"Kebahagiaan tanpa penghujung," tajuk akhbar sukan Perancis L'Equipe, manakala akhbar mingguan Journal du Dimanche, menerbitkan edisi khas di Paris untuk meraikan kejayaan pasukan Perancis dengan tajuk "Menuju Bintang."
Enam stesen metro di Paris pula, dinamakan semula sebagai tanda penghormatan kepada enam pemain tonggak utama - dengan perhentian Victor Hugo - penulis terkenaan era abad ke-19 - dinamakan sementara sebagai Victor Hugo Loris iaitu ketua pasukan dan penjaga gol Perancis Russia.
Dua lagi stesen pula dijadikan dedikasikan sempena nama jurulatih Didier Deschamps, yang pernah menjadi ketua pasukan Perancis ketika muncul juara Piala Dunia pertama kali, pada 1998.
Deschamps yang menjadi individu ketiga selepas, Mario Zagallo dan Franz Beckenbauer memenangi Piala Dunia selaku jurulatih dan pemain berkata kemenangan di Russia "sama besar dan cantik" seperti kejayaan pada 1998..
"There are two things that matter -- one is that these 23 players are now together for life, whatever happens, and also that from now on they will not be the same again, because they are world champions," he said.
"Ada dua perkara utama. Pertama 23 pemain ini akan bersama-sama sepanjang hayat mereka, dan mulai sekarang mereka bukan lagi orang yang sama kerana sudah bergelar juara dunia."
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang turut menyaksikan perlawanan akhir Piala Dunia di Stadium Luzhniki, Moscow, akan meraikan kejayaan itu bersama 1,000 kanak-kanak di istana presiden. - AFP

Subscribe to:
Posts (Atom)