
Sumber Gambar: Evening Standard
10. Raphael Varane (Real Madrid) – RM 465 373 / minggu

Sumber Gambar: GABRIEL BOUYS
Gila b*b*! baru dalam urutan angka ke 10 dah dapat 6 angka seminggu! Kalau sebulan = RM 1 861 492 !!!Pemain yang berusia 25 tahun ini bermain di posisi centre-back dan diserap masuk pertama kali dalam skuad kebangsaan Perancis bawah 18 tahun pada tahun 2010. Oleh kerana bakat serta prestasinya yang memberangsangkan, beliau telah dipilih untuk mewakili skuad kebangsaan Perancis dalam edisi Piala Dunia kali ini.
9. Hugo Lloris (Tottenham Hotspurs) – RM 465 373 / minggu

Sumber Gambar: The Indian Express
8. Blaise Matuidi (Juventus) – RM 558 448 / minggu

Sumber Gambar: CulturePSG
Pemain tengah yang boleh dikatakan agak agresif juga mempunyai kantung poket setebal RM 2 233 792 SEBULAN ! Dapat 0.01% pun jadi lah kan! Gaji pemain ini up sikit sebab kemungkinan kerja yang dibuatnya agak penat iaitu bermain ke atas dan juga ke bawah. Huhu. Matuidi yang berusia 31 tahun kini bermain di kelab Liga Itali, Juventus FC. Beliau diserap masuk ke dalam skuad utama pada tahun 2010. Dah jadi senior dah dia ni! Tak sabar nak tengok dia main kat Piala Dunia nanti.
7. N’Golo Kante (Chelsea) – RM 558 448 / minggu

Sumber Gambar: Daily Star
Pemain tengah pasukan Chelsea ini mempunyai kantung yang sama seperti kawan nya di atas. Beliau mula memasuki kelab skuad kebangsaan Perancis pada tahun 2016 lalu, masih baru dan junior lagi. Beliau mula mendapat nama di skuad kebangsaan oleh sebab prestasinya yang tengah “on-form” bersama bekas pasukannya Leicester City pada ketika itu dan mula meningkat naik ketika beliau berada di dalam kelab Chelsea.
6. Olivier Giroud (Chelsea) – RM 558 448 / minggu

Siapa yang tak kenal Giroud ni! Penyerang berkebolehan ini memang logik la kalau mempunyai saiz kantung yang besar sama seperti rakan sepasukannya di Chelsea, iaitu N’Golo Kante. Baru sahaja musim ini bersama pasukan Chelsea sudah nampak taring beliau! Beliau mewakili pasukan Perancis sejak tahun 2011 lagi namun ketika itu masih kurang sengat tak seperti yang sekarang ini.
5. Thomas Lemar (Monaco) – RM 604 985 / minggu

Sumber Gambar:The Liverpool Offside
Kantung Thomas Lemar up 100k+ sikit dari gaji pemain di atas. Beliau boleh dikatakan masyukk kerana baru sahaja berumur 23 tahun sudah mempunyai kantung yang besar sebegini. Untunglah. Tapi usaha kerasnya ketika di skuad kebangsaan bawah 17 tahun pada 2011 lagi telah membawanya ke peringkat dunia! Syabas kepada pemain tengah Monaco ini yang melaju naik untuk menjadi seperti sekarang.
4. Antoine Griezmann (Altetico Madrid) – RM 930 747 / minggu

Sumber Gambar:Soccer Wallpaper
3. Ousmane Dembele (FC Barcelona) – RM 1 023 822 / minggu

Sumber Gambar: World News
Inilah ubi pasukan Perancis! Beliau masih muda namun sudah pun bermain bersama pasukan yang bergelar juara terbanyak Liga Sepanyol, FC Barcelona! Duit poketnya mencecah 7 angka wahai sahabat ! Kalau setahun, dah cecah 8 angka ! Bermain di posisi penyerang bersama pasukan Perancis memang menjadi makanan pemain ini sejak menyertai skuad utama kebangsaan pada tahun 2016 yang lalu.
2. Kylian Mbappe (Paris Saint-Germain) – RM 1 219 278 / minggu

Sumber Gambar: USA Today
Tak lain tak bukan, Mbappe adalah antara pemain penyerang yang mempunyai kantung yang berat dalam skuad Perancis. Beliau juga antara ubi muda pasukan Perancis dan boleh digandingkan dengan pasangannya, Ousmane Dembele. Beliau memulakan kariernya dalam pasukan utama Perancis sejak tahun 2017 yang lepas, hurmm , baru lagi tapi dah masyukk!
1. Paul Pogba (Manchester United) – RM 1 349 583 / minggu

Sumber Gambar: Scroll.in
Ya, pemain tengah awang hitam yang penuh dengan bermacam-macam gaya rambut ini telah tersenarai memiliki tabung yang paling banyak dalam kalangan pemain-pemain Perancis yang lain. Beliau memulakan karier dalam pasukan Perancis sejak tahun 2008 lagi di mana ketika itu masih dalam skuad junior Perancis bawah 16 tahun dan namanya mula meningkat naik ketika bersama kelab Liga Perdana Inggeris, Manchester United.
Haa, itulah antara senarai gaji-gaji pemain pasukan Perancis! Memang berbaloi dan masuk di akal kerana pemain ini bukan sahaja membantu pasukan malah mengharumkan nama negara di persada dunia dan sanggup bermain di kelab negara lain untuk mendapat pengalaman. Persoalannya di sini, adakah pemain skuad kebangsaan kita mampu tandingi seperti pemain-pemain Perancis ini? Tepuk dada tanya selera. Semua atas usaha masing-masing.
Sumber Rujukan: Soccerladuma
Baca Juga: [Piala Dunia] Di Sebalik Nama Les Bleus (The Blues)
No comments:
Post a Comment