Pages

Translate

Followers

Showing posts with label Gelagat Penyokong. Show all posts
Showing posts with label Gelagat Penyokong. Show all posts

Monday, June 23, 2014

Gelagat Penyokong


PENYOKONG Ecuador bersorak di hadapan stadium bola sepak Arena Baixada, sebelum perlawanan menentang Honduras, di Curitiba, Brazil. - Foto REUTERS
 

PENYOKONG Perancis tiba untuk perlawanan bola sepak Piala Duni Kumpulan E di antara Switzerland dan Perancis di Arena Fonte Nova di Salvador, Brazil. - Foto AFP
 

PENYOKONG Perancis bersorak berhampiran Arena Fonte Nova, Salvador, Brazil sebelum perlawanan bola sepak Piala Dunia Kumpulan E di antara Switzerland dan Perancis. - Foto AFP
 

AKSI penyokong Perancis dan Switzerland sebelum perlawanan bola sepak Piala Dunia Kumpulan E di antara Switzerland dan Perancis di Arena Fonte Nova di Salvador, Brazil. -Foto AFP
 
 
 
 
 

Gelagat penyokong Argentina & Iran


PENYOKONG Argentina memakai topeng Hulk ketika tiba di Stadium Mineirao bagi menyaksikan perlawanan bola sepak Piala Dunia Kumpulan F membabitkan Argentina dan Iran di Belo Horizonte, Brazil. - Foto AFP
 

AKSI penyokong Iran ketika tiba di Stadium Mineirao bagi menyaksikan perlawanan Piala Dunia Kumpulan F membabitkan Argentina dan Iran di Belo Horizonte, Brazil. - Foto AFP
 
 

GELAGAT penyokong Iran sebelum memasuki stadium bagi menyaksikan perlawanan bola sepak Piala Dunia Kumpulan F membabitkan Argentina dan Iran di Stadium Mineirao, Belo Horizonte, Brazil. - Foto AFP
 
 
 

PENYOKONG Argentina memakai topi tinggi ketika tiba di Stadium Mineirao bagi menyaksikan perlawanan bola sepak Piala Dunia Kumpulan F membabitkan Argentina dan Iran di Belo Horizonte, Brazil. - Foto AFP
 
 

GELAGAT penyokong Argentina ketika tiba di Stadium Mineirao bagi menyaksikan perlawanan bola sepak Piala Dunia Kumpulan F membabitkan Argentina dan Iran di Belo Horizonte, Brazil. - Foto AFP
 
 
 

Gelagat penyokong Jerman & Ghana


GELAGAT penyokong Jerman yang menyaksikan perlawanan Piala Dunia Kumpulan G di Stadium Castelao, Fortaleza. - Foto AFP
 

PENYOKONG Ghana melaungkan sorakan bagi memberi semangat kepada pemain dalam perlawanan Piala Dunia Kumpulan G di Stadium Castelao, Fortaleza. - Foto AFP
 

BEBERAPA penyokong bergambar bersama replika trofi Piala Dunia sebelum perlawanan Piala Dunia Kumpulan G antara Jerman dan Ghana di Stadium Castelao, Fortaleza, sebentar lagi. - Foto AFP
 
 

GELAGAT penyokong Jerman sebelum perlawanan Piala Dunia Kumpulan G menentang Ghana di Stadium Castelao, Fortaleza, sebentar lagi. - Foto AFP
 
 

Gelagat Penyokong Nigeria dan Bosnia-Hercegovina


PENONTON tidak melepas peluang berselfie bersama ketika menunggu wisel sepak mula perlawanan antara Nigeria dan Bosnia-Hercegovina di Arena Pantanal, Cuiaba, Brazil. - Foto AFP

GELAGAT penyokong Nigeria sebelum perlawanan Piala Dunia Kumpulan F di Arena Pantanal, Cuiaba, Brazil. - Foto AFP

Gelagat Penyokong Algeria, Korea Selatan, Rusia, Belgium


REAKSI penyokong Algeria selepas pasukan menjaringkan gol ketika menentang Korea Selatan dalam perlawanan Kumpulan H di Stadium Beira-Rio, Porto Alegre sebentar tadi. - Foto REUTERS
 

RAGAM penyokong Korea Selatan ketika pasukannya menentang Algeria dalam perlawanan Kumpulan H di Stadium Beira-Rio, Porto Alegre sebentar tadi. - Foto AFP
 

RAGAM penyokong tegar Algeria ketika pasukannya menentang Korea Selatan dalam perlawanan Kumpulan H di Stadium Beira-Rio, Porto Alegre sebentar tadi. - Foto AFP
 

SEORANG penyokong Algeria berdoa sambil disaksikan rakan-rakannya sebelum perlawanan Kumpulan H menentang Korea Selatan di Stadium Beira-Rio, Porto Alegre. - Foto AFP
 

KUMPULAN penyokong Korea Selatan gigih mempamerkan bendera kebangsaan negara mereka sebelum perlawanan Kumpulan H menentang Algeria di Stadium Beira-Rio, Porto Alegre. -Foto AFP
 

GAYA dua gadis penyokong Korea Selatan mengambil kesempatan untuk bergambar luar Stadium Beira-Rio, Porto Alegre sebelum perlawanan Kumpulan H menentang Algeria. - Foto AFP
 

Reaksi penyokong Algeria ketika menanti perlawanan menentang Korea Selatan di luar Stadium Beira-Rio, Porto Alegre. - Foto EPA
 

LAUTAN penyokong Belgium ketika pasukan mereka menentang Russia dalam perlawanan Kumpulan H di Stadium Maracana, Rio de Janeiro, sebentar tadi. - Foto AFP
 
 

RAGAM penyokong Belgium ketika aksi perlawanan Kumpulan H menentang Russia di Stadium Maracana, Rio de Janeiro, sebentar tadi. - Foto AFP
 
 

PENYOKONG Russia hadir menyokong pasukan ketika menentang Belgium dalam aksi Kumpulan H di Stadium Maracana, Rio de Janeiro, sebentar tadi. - Foto AFP
 
 

LAUTAN penyokong Russia menyorak ketika pasukan mereka menentang Belgium dalam aksi Kumpulan H di Stadium Maracana, Rio de Janeiro, sebentar tadi. - Foto AFP
 

GELAGAT seorang penyokong tegar Belgium ketika menentang Russia dalam aksi Kumpulan H di Stadium Maracana, Rio de Janeiro, sebentar tadi. - Foto AFP
 

PENYOKONG Belgium menyorak untuk pasukan mereka yang menentang Russia dalam aksi Kumpulan H di Stadium Maracana, Rio de Janeiro, sebentar tadi. - Foto AFP
 
 
 
 
 
 
 

Gelagat penyokong


GELAGAT penyokong Belanda dan Chile yang menyaksikan pertemuan Belanda menentang Chile di Arena de Sao Paulo. - Foto Reuters
 

PELBAGAI reaksi penyokong Korea Selatan ketika menyaksikan pasukan mereka menentang Algeria pada Piala Dunia 2014 di skrin gergasi yang ditempatkan di pusat bandar Seoul. Korea Selatan tewas 2-4 kepada Algeria dalam perlawanan peringkat Kumpulan H di Porto Alegre, Brazil. - Foto AFP
 

PENYOKONG Amerika Syarikat di Grant Park, Chicago meraikan jaringan ketika perlawanan menentang Portugal pada peringkat Kumpulan G, Piala Dunia 2014. - Foto AFP
 

PENYOKONG Brazil terdiri daripada peminat bola sepak wanita tempatan bergambar kenangan dengan replika Piala Dunia yang di lobi hotel MS Garden, Kuantan. Pengurusan hotel mendirikan replika gergasi piala itu bagi memeriahkan kejohanan bola sepak Piala Dunia 2014 yang sedang rancak berlangsung di Brazil. - Foto Khairulmizan Yahya
 

REAKSI penyokong AS selepas pasukan mereka seri 2-2 ketika menentang Portugal dalam aksi Kumpulan G di Amazonia Arenas, Manaus, sebentar tadi. - Foto AFP
 

Gelagat seorang penyokong AS yang menari di galeri tempat duduk ketika menyaksikan perlawanan AS menentang Portugal dalam perlawanan Kumpulan G di Amazonia Arenas, Manaus, sebentar tadi. - Foto AP
 

PENYOKONG Portugal ceria selepas pasukan mereka mendahului AS dalam separuh masa pertama pada perlawanan Kumpulan G di Amazonia Arenas, Manaus, sebentar tadi. - Foto AFP
 
 

GELAGAT penyokong AS ketika memberi sokongan kepada pasukan mereka yang menentang Portugal dalam perlawanan Kumpulan G di Amazonia Arenas, Manaus, sebentar tadi. - Fot REUTERS
 

WAJAH seorang penyokong AS sebelum aksi Kumpulan G membabitkan Portugal menentang AS di Amazonia Arenas sebentar nanti. - Foto AFP
 

PENYOKONG AS bersorak sebelum pasukan mereka menentang Portugal dalam saingan Kumpulan G di Amazonia Arenas sebentar nanti.- Foto AP
 

PENYOKONG Algeria menyorak membantu cabaran pasukan ketika menewaskan Korea Selatan 4-2 dalam perlawanan Kumpulan H di Stadium Beira-Rio, Porto Alegre sebentar tadi. - Foto AFP
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Gelagat Penyokong Chile, Sepanyol, Australia, Belanda


Penyokong Sepanyol bersorak ketika pasukannya menentang Australia dalam aksi Kumpulan B di Arena Baixada, Curitiba sebentar tadi. - Foto Reuters

Lautan penyokong Chile mula bersorak sebelum perlawanan Kumpulan B di Arena Corinthians, Sao Paulo sebentar tadi. - Foto AFP


Lautan penyokong Belanda ketika berjalan menuju ke Arena Corinthians, Sao Paulo sebentar tadi menyaksikan perlawanan Kumpulan B antara Chile menentang Belanda. - Foto Reuters


Seorang penyokong Belanda (kiri) dan Chile bergambar ketika aksi Kumpulan B di Arena Corinthians, Sao Paulo sebentar tadi. - Foto EPA

KREW penerbangan sebuah syarikat penerbangan China turut tidak ketinggalan merasai 'demam' Piala Dunia apabila memakai jersi pasukan Brazil ketika bertugas dalam pesawat yang menuju Hangzhou dari Kunming, negara itu, hari ini. - Foto Reuters

Lima penyokong tegar Chile ketika aksi aksi Kumpulan B antara Chile menentang Belanda di Arena Corinthians, Sao Paulo sebentar tadi. - Foto EPA

Penyokong Belanda bergambar ketika aksi Kumpulan B di Arena Corinthians, Sao Paulo sebentar tadi. - Foto AFP


RAGAM penyokong Chile yang hadir menyorak ketika pasukan mereka menentang Belanda dalam aksi Kumpulan B di Arena Corinthians, Sao Paulo sebentar tadi. - Foto EPA
 
 

Gelagat Penyokong Sepanyol & Australia


Penyokong Sepanyol memegang kain rentang dengan kata-kata “Terima kasih atas segala detik gemilang dilakar sebelum ini” sebelum aksi Kumpulan B antara Sepanyol menentang Australia dalam aksi Kumpulan B di Arena Baixada, Curitiba sebentar tadi. - Foto AFP

ANGGOTA keselamatan cuba meleraikan pergaduhan dua penyokong yang berebut kasut bola milik penjaga gol Sepanyol, Iker Casillas selepas pemain itu membaling kasut berkenaan kepada peminat sejurus tamat perlawanan Piala Dunia Brazil antara Sepanyol dan Australia di Baixada arena, Curitiba, awal pagi tadi. - Foto Reuters

Ragam Penyokong Crotia & Brazli


KREATIF...Penyokong Mexico bergambar sebelum sepak mula perlawanan Piala Dunia menentang Croatia di Pernambuco Arena, Recife, awal pagi ini. - Foto Reuters


PENYOKONG Brazil membawa kain rentang bergambar legenda bola sepak negara itu, Pele sebelum sepak mula perlawanan Piala Dunia menentang Cameroon di Stadium Nasional Brasilia, awal pagi ini. - Foto Reuters
 

PENYOKONG Mexico bergambar sebelum sepak mula perlawanan Piala Dunia menentang Croatia di Pernambuco Arena, Recife, awal pagi ini. - Foto Reuters