Pages

Translate

Followers

Showing posts with label JURULATIH Perancis. Show all posts
Showing posts with label JURULATIH Perancis. Show all posts

Monday, July 16, 2018

Perancis rai wira Piala Dunia

Selasa, 17 Julai 2018 | 1:09am
PEMAIN Perancis sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Roissy Charles de Gaull. - Foto EPA


PARIS: Skuad juara dunia Perancis menerima sambutan wira sejurus tiba ke tanah air ketika ribuan peminat memenuhi Champs Elysees bagi mengikuti perarakan meraikan kejayaan mereka di Moscow.
Perancis muncul juara buat kali kedua selepas menewaskan Croatia 4-2 pada aksi final, semalam dengan pemain remaja, Kylian Mbappe meletakkan dirinya sebagai salah seorang bintang bola sepak terkemuka di dunia biarpun baru berusia 19 tahun.
Berjuta-juta peminat membanjiri jalan raya bagi meraikan kejayaan Perancis muncul juara dengan membunyikan hon kenderaan masing-masing, mengibar bendera Perancis, manakala Menara Eiffel dan Arc de Triomphe pula disinari cahaya biru, putih dan merah yang juga warna kebangsaan.
Peminat membanjiri Champs Elysees sejak awal pagi, lokasi yang digunakan sebagai lokasi pasukan kebangsaan Perancis yang diarak dengan menggunakan bas tidak berbumbung.
"Kami benar-benar berbangga dengan pasukan ini, mereka menjadi pemain kami yang sebenar," kata seorang peminat, Priscilla Lagneaux, 28 yang setia menunggu. "Kami perlu melihat mereka, dan juga piala itu."
Pemain-pemain menerima sambutan penuh meriah di Lapangan Terbang Charles De Gaulle termasuk diberikan penghormatan 'water salute' oleh pihak bomba.
Ramai pengkritik meletakkan fokus kepada usaha menunjukkan semangat patriotisme dan perpaduan nasional yang ditunjukkan oleh pasukan bola sepak Perancis yang dianggotai pelbagai kaum termasuk Mbappe and Paul Pogba yang berasal dari Afrika dari lokasi sering diabaikan dan terbiar di Paris.
Pengarang akhbar Liberation, Laurent Joffrin, berkata mereka dapat menyesuaikan diri dengan keadaan "di sebuah negara republik yang kita kasihi: bersatu dan pelbagai, patriotik dan terbuka, negara tanpa nasionalisme."
"Kebahagiaan tanpa penghujung," tajuk akhbar sukan Perancis L'Equipe, manakala akhbar mingguan Journal du Dimanche, menerbitkan edisi khas di Paris untuk meraikan kejayaan pasukan Perancis dengan tajuk "Menuju Bintang."
Enam stesen metro di Paris pula, dinamakan semula sebagai tanda penghormatan kepada enam pemain tonggak utama - dengan perhentian Victor Hugo - penulis terkenaan era abad ke-19 - dinamakan sementara sebagai Victor Hugo Loris iaitu ketua pasukan dan penjaga gol Perancis Russia.
Dua lagi stesen pula dijadikan dedikasikan sempena nama jurulatih Didier Deschamps, yang pernah menjadi ketua pasukan Perancis ketika muncul juara Piala Dunia pertama kali, pada 1998.
Deschamps yang menjadi individu ketiga selepas, Mario Zagallo dan Franz Beckenbauer memenangi Piala Dunia selaku jurulatih dan pemain berkata kemenangan di Russia "sama besar dan cantik" seperti kejayaan pada 1998..
"There are two things that matter -- one is that these 23 players are now together for life, whatever happens, and also that from now on they will not be the same again, because they are world champions," he said.
"Ada dua perkara utama. Pertama 23 pemain ini akan bersama-sama sepanjang hayat mereka, dan mulai sekarang mereka bukan lagi orang yang sama kerana sudah bergelar juara dunia."
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang turut menyaksikan perlawanan akhir Piala Dunia di Stadium Luzhniki, Moscow, akan meraikan kejayaan itu bersama 1,000 kanak-kanak di istana presiden. - AFP

Mental nadi kejayaan Perancis - Deschamps

snin, 16 Julai 2018 | 7:21pm
JURULATIH Perancis, Didier Deschamps menjulang trofi Piala Dunia selepas pasukannya menewaskan Crotia 4-2 pada perlawanan akhir di Stadium Luzhniki, Moscow. - Foto Reuters


MOSCOW: Jurulatih Perancis, Didier Deschamps menegaskan barisannya berjaya mengatasi kesilapan dan ketidaksempurnaan ketika membenam Croatia pada aksi final Piala Dunia bersandarkan kepada kekuatan mental.
Perancis menewaskan Croatia 4-2 untuk menjulang trofi keagungan itu buat kali kedua dengan Deschamps menjadi lelaki ketiga, selepas Mario Zagallo dari Brazil dan Franz Beckenbauer (Jerman) untuk memenanginya sebagai pemain dan jurulatih.
Bagaimanapun, Les Bleus dipaksa bekerja keras hampir keseluruhan perlawanan dan memerlukan gol sendiri pihak lawan dan penalti untuk mendahului permainan sebelum menang.
"Perkara utama yang membanggakan saya ialah keadaan minda mereka (pemain) berada dalam keadaan yang baik," kata Deschamps yang menjadi kapten Perancis ketika menjuarai Piala Dunia pada 1998.
"Hari ini ada ketidaksempurnaan, kami tidak melakukan segala-galanya dengan betul tetapi kami mempunyai kualiti mental dan psikologi yang menjadi penentu kepada Piala Dunia kali ini."
Deschamps berkata, sekalipun 14 pemainnya adalah muka baharu di Piala Dunia, mereka sudah bersedia untuk mencapai sasaran yang sama sekali gus membuktikan kematangan.
"Bakat saja tidak mencukupi. Kamu memerlukan aspek psikologi dan mental. Dengan itu, mana-mana pasukan mampu mendaki gunung," kata Deschamps.
"Kadang kala saya boleh menjadi amat tegas terhadap pemain tetapi saya melakukannya kerana mereka sekalipun muda, kebiasaannya akan mendengar."
Sambil memuji sumbangan pemain muda, Kylian Mbappe dan Antoine Griezmann, jurulatih berusia 49 tahun itu turut menyifatkan kekalahan di final Euro 2016 kepada Portugal antara kunci kejayaan mereka.
"Mungkin jika kami juara Eropah, kami tidak akan menjadi juara dunia hari ini. Banyak yang saya belajar daripada kekalahan itu," katanya. - Reuters