Pages

Translate

Followers

Monday, July 16, 2018

Mental nadi kejayaan Perancis - Deschamps

snin, 16 Julai 2018 | 7:21pm
JURULATIH Perancis, Didier Deschamps menjulang trofi Piala Dunia selepas pasukannya menewaskan Crotia 4-2 pada perlawanan akhir di Stadium Luzhniki, Moscow. - Foto Reuters


MOSCOW: Jurulatih Perancis, Didier Deschamps menegaskan barisannya berjaya mengatasi kesilapan dan ketidaksempurnaan ketika membenam Croatia pada aksi final Piala Dunia bersandarkan kepada kekuatan mental.
Perancis menewaskan Croatia 4-2 untuk menjulang trofi keagungan itu buat kali kedua dengan Deschamps menjadi lelaki ketiga, selepas Mario Zagallo dari Brazil dan Franz Beckenbauer (Jerman) untuk memenanginya sebagai pemain dan jurulatih.
Bagaimanapun, Les Bleus dipaksa bekerja keras hampir keseluruhan perlawanan dan memerlukan gol sendiri pihak lawan dan penalti untuk mendahului permainan sebelum menang.
"Perkara utama yang membanggakan saya ialah keadaan minda mereka (pemain) berada dalam keadaan yang baik," kata Deschamps yang menjadi kapten Perancis ketika menjuarai Piala Dunia pada 1998.
"Hari ini ada ketidaksempurnaan, kami tidak melakukan segala-galanya dengan betul tetapi kami mempunyai kualiti mental dan psikologi yang menjadi penentu kepada Piala Dunia kali ini."
Deschamps berkata, sekalipun 14 pemainnya adalah muka baharu di Piala Dunia, mereka sudah bersedia untuk mencapai sasaran yang sama sekali gus membuktikan kematangan.
"Bakat saja tidak mencukupi. Kamu memerlukan aspek psikologi dan mental. Dengan itu, mana-mana pasukan mampu mendaki gunung," kata Deschamps.
"Kadang kala saya boleh menjadi amat tegas terhadap pemain tetapi saya melakukannya kerana mereka sekalipun muda, kebiasaannya akan mendengar."
Sambil memuji sumbangan pemain muda, Kylian Mbappe dan Antoine Griezmann, jurulatih berusia 49 tahun itu turut menyifatkan kekalahan di final Euro 2016 kepada Portugal antara kunci kejayaan mereka.
"Mungkin jika kami juara Eropah, kami tidak akan menjadi juara dunia hari ini. Banyak yang saya belajar daripada kekalahan itu," katanya. - Reuters

Croatia tetap diberi sambutan 'juara'



Monday, June 23, 2014

Cameroon Vs Croatia


PEMAIN tengah Cameroon, Stephane Mbia (kiri) berbual bersama pemain Croatia, Ivan Rakitic selepas tamat perlawanan Piala Dunia antara Cameroon dan Croatia di Amazonia Arena, Manaus, awal pagi tadi. - Foto AFP


PENJAGA gol Cameroon, Charles Itandje gagal menangkis bola hasil sepakan Mario Mandzukic dari luar kotak penalti dalam aksi Kumpulan A di Arena da Amazonia di manaus, Brazil sebentar tadi. - Foto AFP
 

PEMAIN tengah Croatia, Ivan Perisic meraihkan gol pertama pasukan ketika menentang Cameroon dalam aksi Kumpulan A di Arena da Amazonia di manaus, Brazil sebentar tadi.
 

PEMAIN Croatia, Milan Badelj pengasak pihak lawan, Alex Song dalam perlawanan Kumpulan A Piala Dunia antara Cameroon dan Croatia sebentar tadi. Foto AP
 

Pemain Croatia, Ivica Olic (kanan) meraihkan gol pertama pasukan ketika menentang Cameroon dalam aksi Kumpulan A di Arena da Amazonia di manaus, Brazil awal pagi tadi
 
 
 
 
 
 
 

Belanda Vs Australia


PERTAHANAN Belanda, Bruno Martins Indi mengalami kecederaan selepas dikasari pemain Australia, Tim Cahill pada perlawanan Piala Dunia di Stadium Beira-Rio, Porto Alegre, awal pagi tadi. Keputusan penuh Belanda menang 3-2. - Foto AFP

Greece Vs Jepun


PENGADIL Joel Aguilar Chicas (kanan) menyembur penanda di depan pemain tengah Greece, Panagiotis Kone pada perlawanan Kumpulan C di Stadium das Dunas, Natal, sebentar tadi. - Foto AFP
 

PEMAIN tengah Greece, Panagiotis Kone (kiri) diasak penyerang Jepun, Shinji Okazaki (kanan) dan pemain tengah, Hotaru Yamaguchi pada perlawanan Kumpulan C di Stadium das Dunas, Natal, sebentar tadi. - Foto AFP
 

PENYERANG Greece, Georgios Samaras (tengah) menguasai bola ketika perlawanan Kumpulan C menentang Jepun di Stadium das Dunas, Natal, sebentar tadi. - Foto AFP
 
 

PENGADIL, Joel Aguilar dari El Salvador menunjukkan kad merah kepada kapten Greece, Kostas Katsouranis dalam aksi Kumpulan C di Arena das Dunas di Natal sebentar tadi. - Foto AP
 
 
 
 

Itali


PASUKAN Itali mengadakan latihan ringan di Pernambuco Arena, Recife, menjelang perlawanan Piala Dunia menentang Costa Rica esok. - Foto AFP

Ivory Coast Vs Colombia



SEBIJI bola besar berada di dalam padang berhampiran pemain Ivory Coast, Serge Aurier pada perlawanan Piala Dunia antara Colombia dan pasukannya di Stadium Nasional Brasilia, Brasilia, awal pagi tadi. Keputusan Colombia menang 2-1. - Foto REUTERS


PEMAIN tengah Ivory Coast, Geoffroy Serey Die sebak ketika mendengar lagu kebangsaan negaranya dimainkan sebelum sepak mula perlawanan Piala Dunia menentang Colombia di Stadium Nasional Mane Garrincha, Brasilia, awal pagi tadi. Keputusan penuh Ivory Coast tewas 1-2. - Foto AFP


PENJAGA gol Ivory Coast, Boubacar Barry gagal menyelamatkan tandukan James Rodriguez untuk gol pertama Colombia dalam aksi Kumpulan C di Stadium Nasional Brasilia di Brasilia sebentar tadi. - Foto AP


PEMAIN Colombia menari ala Samba ketika meraikan gol pada perlawanan Kumpulan C Piala Dunia 2014 menentang Ivory Coast di Stadium Nasional Mane Garrincha, sebentar tadi. - Foto AFP
 

PEMAIN Ivory Coast, Didier Zokora memberi reaksi selepas dilayang kad kuning oleh pengadil, Howard Webb ketika perlawanan Kumpulan C Piala Dunia menentang Colombia di Stadium Nasional Mane Garrincha, sebentar tadi. - Foto AP
 

PENJAGA gawang Ivory Coast, Boubacar Barry dan pertahanan, Souleymane Bamba (tengah) bersaing mendapatkan bola dengan pertahanan dan kapten Colombia, Mario Alberto Yepes (kanan) ketika perlawanan Kumpulan C di Stadium Nasional Mane Garrincha, sebentar tadi. - Foto AFP
 

PEMAIN Colombia, Victor Ibarbo (kanan) mengawal bola ketika rakan sepasukan, Abel Aguilar (depan) dan pemain Ivory Coast, Cheick Tiote terbaring atas padang ketika aksi Kumpulan C di Stadium Nasional Brasilia di Brasilia sebentar tadi. - Foto REUTERS
 

BEK tengah Colombia, Mario Yepes (dua dari kanan) menanduk bola ketika saingan separuh masa pertama menentang Ivory Coast pada perlawanan Kumpulan C Piala Dunia 2014 di Stadium Nasional Mane Garrincha, sebentar tadi. - Foto RT
 
 

BEK tengah Colombia, Mario Yepes (dua dari kanan) menanduk bola ketika saingan separuh masa pertama menentang Ivory Coast pada perlawanan Kumpulan C Piala Dunia 2014 di Stadium Nasional Mane Garrincha, sebentar tadi. - Foto RT
 

BEK kiri Ivory Coast, Arthur Boka bersaing dengan pemain Colombia, Juan Cuadrado untuk berebut bola pada separuh masa pertama perlawanan Kumpulan C Piala Dunia 2014 di Stadium Nasional Mane Garrincha, sebentar tadi.- Foto RT
 

PEMAIN Colombia, Juan Cuadrado (kiri) berebut bola dengan pemain Ivory Coast ketika separuh masa pertama perlawanan Kumpulan C Piala Dunia 2014 di Stadium Nasional Mane Garrincha, sebentar tadi. - Foto AFP
 

BEK tengah Colombia, Mario Yepes (dua dari kanan) menanduk bola ketika saingan separuh masa pertama menentang Ivory Coast pada perlawanan Kumpulan C Piala Dunia 2014 di Stadium Nasional Mane Garrincha, sebentar tadi. - Foto RT